Peluang Kerja Suri Rumah (Program 1Malaysia Support for Housewives)

Peluang Kerja Suri Rumah (Program 1Malaysia Support for Housewives)

Berikut adalah info kerja dan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan, agensi atau syarikat terbabit. Sila teliti langkah yang dinyatakan. Jobz.my hanya ruang untuk memaparkan dan berkongsi maklumat berikut. Anda perlu memohon menggunakan saluran yang telah ditetapkan oleh majikan seperti di bawah:
  • Majikan: Pelbagai Majikan
  • Lokasi Kekosongan: Seluruh Malaysia
  • Tarikh Tutup Permohonan: Berterusan

Maklumat Jawatan

Objektif 1MS4HW adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi suri rumah daripada isi rumah berpendapatan rendah (LIH) untuk menjana pendapatan tambahan keluarga bagi meningkatkan taraf hidup. Ia juga bagi memberi jaminan keselamatan sosial kepada suri rumah untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.

Kelayakan Memohon

Kelayakan-kelayakan berikut perlu dipenuhi untuk melayakkan anda memohon jawatan yang telah dinyatakan:
  • Suri rumah dari peserta E-Kasih
  • Suri rumah yang berdaftar dengan JobsMalaysia
  • Suri rumah yang berdaftar dengan NGOs
  • Suri rumah kepada anggota Jabatan/ Agensi beruniform
  • Suri rumah di kalangan kakitangan Kerajaan yang berpendapatan rendah melalui persatuan

Bagaimana Untuk Memohon

Permohonan untuk jawatan kosong yang dinyatakan oleh majikan mestilah dibuat secara online seperti dinyatakan. Klik pada butang 'Ke Iklan Jawatan Kosong' seperti disediakan di bawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.



Pautan di atas adalah yang dinyatakan oleh majikan dalam iklan jawatan kosong. Permohonan mestilah dibuat menggunakan pautan rasmi yang dinyatakan oleh majikan