Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Lulusan SPM
Berikut adalah info Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Lulusan SPM. Sila teliti langkah yang dinyatakan. Jobz.my hanya ruang untuk memaparkan dan berkongsi maklumat berikut. Anda perlu memohon menggunakan saluran yang telah ditetapkan oleh majikan seperti di bawah:- Majikan: Kementerian Pendidikan Malaysia
- Lokasi Kekosongan: Seluruh Malaysia
- Tarikh Tutup Permohonan: 28 Mac 2018
Maklumat Program
Jika anda berkelayakan seperti dinyatakan, anda bolehlah memohon untuk mengikuti program seperti di bawah:Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Kelayakan Memohon
Kelayakan-kelayakan berikut perlu dipenuhi untuk melayakkan anda memohon jawatan yang telah dinyatakan:- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Bagaimana Untuk Memohon
Permohonan untuk program yang dinyatakan oleh majikan mestilah dibuat secara online seperti dinyatakan. Klik pada butang 'Ke Iklan Program' seperti disediakan di bawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.Pautan di atas adalah yang dinyatakan oleh majikan dalam iklan program. Permohonan mestilah dibuat menggunakan pautan rasmi yang dinyatakan oleh majikan
3/15/2018