Kekosongan Pelatih Juruteknik Awam di KTMB

Kekosongan Jawatan di KTMB

Berikut adalah info kerja dan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan, agensi atau syarikat terbabit. Sila teliti langkah yang dinyatakan. Jobz.my hanya ruang untuk memaparkan dan berkongsi maklumat berikut. Anda perlu memohon menggunakan saluran yang telah ditetapkan oleh majikan seperti di bawah:
  • Majikan: Keretapi Tanah Melayu Berhad
  • Lokasi Kekosongan: Batu Gajah, Perak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2018
  • Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki menjalani latihan untuk tempoh selama 11 bulan di Akademi Keretapi, Batu Gajah. Calon-calon yang berjaya menamatkan latihan dan lulus dalam peperiksaan yang diadakan kemudiannya akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Juruteknik Awam (Merinyu Urusan Jalan) gred J07G10.

Maklumat Jawatan

Jika anda berkelayakan seperti dinyatakan, anda bolehlah memohon untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:
  • PELATIH JURUTEKNIK AWAM (MERINYU URUSAN JALAN) GRED J07G10
Sebelum memohon, pastikan anda memenuhi syarat seperti yang dinyatakan oleh majikan seperti di bawah.

Kelayakan Memohon

Kelayakan-kelayakan berikut perlu dipenuhi untuk melayakkan anda memohon jawatan yang telah dinyatakan:
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Mekatronik/Elektronik dari Politeknik atau mana-mana institusi yang setaraf.
  • Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Pengalaman kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan awam adalah kelebihan.
  • Mempunyai penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
Keperluan lain untuk jawatan ini:
  • Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dengan KTMB.

Bagaimana Untuk Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 9 Oktober 2018 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631433 or 03-22631233

(Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan jawatan)



Pautan di atas adalah yang dinyatakan oleh majikan dalam iklan jawatan kosong. Permohonan mestilah dibuat menggunakan pautan rasmi yang dinyatakan oleh majikan