Permohonan Jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:

1. Pegawai Imigresen Gred KP19 - Lelaki & Wanita
2. Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 - Lelaki & Wanita
3. Penguasa Imigresen Gred KP41 - Lelaki & Wanita

Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui Laman Rasmi SPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.